PENTADBIRAN MUKIM
Institusi Penghulu adalah sebuah institusi tertua di negara ini kerana ia telah wujud sejak pemerintahan Raja -Raja Melayu hingga sekarang tetapi telah berubah dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman. Oleh itu generasi Penghulu yang ada sekarang perlu memainkan peranan mereka dalam menentukan institusi Penghulu ini tetap kekal hingga ke akhir zaman.
1. PERANAN PENGHULU SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN
1.1 Institusi Penghulu Zaman Raja-Raja Melayu.
1.2 Perlantikan : Dilantik oleh Raja /Pembesar mengikut keturunan.
1.3 Tugas :
-
Memungut cukai
-
Menjaga Keamanan
-
Mendamaikan pegaduhan
-
Menyediakan buruh.
2. PERANAN PENGHULU SELEPAS MERDEKA
2.1 Lantikan oleh Suruhanjaya Awam Negeri.
2.2 Tugas :
-
Ketua Pentadbiran Mukim.
-
Perantaraan kerajaan dengan rakyat
-
Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pegawai Daerah dan Penolongnya
-
Mengawasi kerja-kerja Ketua Kampung
Membantu Pentadbir Tanah
Mengawas perlakuan dan pelanggaran adat dan agama.
Mengawasi kejadian jenayah
Menggalakkan perpaduan penduduk
Menguruskan hat-hal berkaitan harta pusaka kecil
Lain-lain perkara dalam mukim.
3. PERANAN PENGHULU MASA KINI
Fungsi Penghulu berubah, sesuai dengan kehendak pembangunan dan pembaharuan Perkhidmatan Awam. Tugas- tugas sedia ada dikekalkan dan ditambah dengan tugas-tugas berkaitan pembangunan. Mulai awal tahun 90'an, Pejabat Penghulu diletakkan di bawah Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah serta melaksanakan kehendak- kehendak Pekeliling Pentadbiran Kemajuan Pentadbiran Permodenan Perkhidmatan Awam manakala peranan dan tanggungjawab Penghulu disesuaikan dengan matlamat organisasi ke arah Budaya Kerja Cemerlang.
Penghulu Mukim mentadbir keseluruhan mukim, menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat daerah, dibantu oleh Kerani Penghulu. Kerja-kerja dijalankan mengikut pembahagian tugas yang telah ditentukan. Dalam melicinkan jentera pentadbiran, semua penghulu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kampung-kampung yang dipecahkan untuk selenggaraan dan perhatian sewajarnya.